Produk

  • Royalle

    Daya Ingatan, Tumpuan, Pelembut Hati...read more

  • Goat Milk

    Tenaga, Sendi, Saraf, Tulang, Hati, Kulit...read more

  • O2

    Dihasilkan daripada ektrak jagung terpilih...read more

  • Tea Goat Milk

    Jantung, Kolestrol, Anti-Oksidan...read more

  • Produk Azzurah D'cornz

    Dapatkan produk Azzurah D'CORNZ di...read more

Tuesday, October 4, 2011

Kenapa Anda Perlu Mengambil Produk Azzurah Dcornz

Sembilan Sebab

1) Penjana Tenaga Segera

Jagung mengandungi Asid PantothenicAsid Pantothenic ini sangat berguna bagi
tubuh badan manusia kerana ianya mampu untuk mengubah karbohidrat yang kompleks
menjadi glukosa yang  seterusnya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ianya juga
dikenali sebagai Vitamin B5.

Dalam masa yang sama juga,Beta-Carotene di dalam jagung juga menambahkan
hemoglobin di dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis protein yang membawa
oksigen ke sel-sel dalam badan dan mampu mengurangkan rasa keletihan.

2) Bertindak Balas Anti Stress

Ada juga pendapat yang mengatakan Asid Pantothenic ini mampu merangsang mimpi
yang jelas jika diambil sebelum tidur dan mungkin dapat mengingatinya kembali.
Selain dari itu Asid Pantothenic ini jugak digelar sebagai Vitamin Anti-Stress. Ini
adalah kerana asid jenis ini berupaya membentuk pelbagai jenis Hormon Adrenal yang
memberikan manusia keupayaan untuk bertindakbalas serta menyesuaikan diri dengan
pelbagai keadaan stress/tekanan

3) Menguatkan Daya Ingatan & Daya Fokus

Jagung juga dikatakan mengandungi sumber Thiamin atau Vitamin B1. Selain
daripada salah satu sumber yang membantu pembinaan tenaga ianya juga sangat
penting bagi Fungsi Kognitif Sel Otak (proses otak berfikir). Ianya diperlukan
bagi proses sintesis Acetylcholine, satu jenis Neurotransmitter yang penting
untuk Meningkatkan Daya Ingatan

4) Meningkatkan Metabolisma

Jagung sangat kaya dengan Manganese, sejenis mineral yang merangsang kelenjar
thyroid manusia untuk membina lebih banyak 'Triiodothyronine', iaitu Sejenis
Hormon yang meningkatkan kadar metabolisma manusia. Lebih tinggi kadar
 metabolisma lebih baik proses pembuangan sisa badan manusia, dan ada
berpendapat ianya juga dapat membantu bagi mereka yang ingin mengurangkan
berat badan.

5) Baik Untuk Kesihatan Jantung

Jagung memang terkenal dengan kebaikannya yang dapat membantu mengurangkan
risiko serangan sakit jantung. Ianya sangat berguna untuk cardiovascular manusia.
Pembinaan 'homocysteine' di dalam badan sering kali dikaitkan dengan penyakit
jantung. Pembinaan 'homocysteine' di dalam darah menjadi penyumbang kepada
tersumbatnya saluran darah yang mengalir ke jantung mahupun ke otak.
Homocysteine boleh terbentuk apabila berlaku abnormalities (kecacatan) serta
defisiensi dalam pemprosesan Vitamin B dalam badan.

Jagung mengandungi tahap asid folik (sejenis vitamin B) yang tinggi, yang mana
ianya mampu memulihkan saluran darah yang tersumbat. Selain dari itu juga
jagung mengandungi niacin yang dikatakan mampu menurunkan tahap
kolesterol, sekaligus membantu mengurangkan penyakit-penyakit berkaitan
dengan jantung.

Magnesium pula yang ada dalam jagung membantu melancarkan perjalanan
darah,oksigen serta khasiat makanan keseluruhan tubuh badan. Selain dari itu
juga magnesium dapat mengurangkan keadaan penyakit lain seperti asma,
migrain, tekanan darah tidak normal serta mengurangkan risiko penyakit
Atherosclerosis (keadaan di mana pembuluh darah menebal dan boleh
menyebabkan tersumbat) seperti penyakit jantung dan stroke.

6) Membantu Mengurangkan Risiko Barah Paru-Paru (Lung Cancer)

Satu kajian yang telah dipaparkan di dalam Cancer Epidemiology,
Biomarkers And Prevention, yang dijalankan di China mendapati mereka
yang banyak memakan makanan seperti jagung,labu,betik,oren dan beberapa
jenis buah lagi, mendapati risiko barah paru-paru telah menurun sebanyak 37%
bagi mereka yang merokok. Ini adalah kerana jagung (dan buah-buahan yang lain
tadi) mengandungi Beta-Cryptoxanthin atau biasa disebut sebagai Carotenoid,
ianya lebih bersifat provitamin A, yang mana apabila diserap oleh tubuh
carotenoid ini ditukar menjadi Vitamin A.

7) Membantu Mengurangkan Risiko NTD (Neural-Tube Birth Defects)

Jagung mengandungi tahap asid folik (sejenis vitamin B) yang tinggi dan ianya
dapat membantu mengurangkan risiko NTD atau Neural-Tube Birth Defects
(kecacatan bayi baru lahir). NTD boleh menyebabkan kematian atau
kecacatan yang serius pada bayi.

8) Membantu Mencegah AMD (Age-Related Macular Degeneration)

Jagung kaya dengan khasiat Zaexanthin yang mampu mencegah AMD atau
Kemerosotan Makular Berkaitan Umur disebabkan faktor usia yang
mampu menyebabkan orang ramai berisiko menjadi buta.

Makular berada di tengah-tengah retina dan bersebelahan langsung dengan
lensa mata. Makular merupakan kawasan kecil yang mengandungi jutaan sel
yang membantu menghasilkan penglihatan yang tajam untuk membaca atau
melihat objek dengan jelas. Senyawa karotenoid lain yang terdapat di dalam
Makular adalah Zeaxanthin, yang diketahui dapat memberikan manfaat untuk
kesihatan mata. Pigmen makular dipercayai dapat melindungi retina dari
radiasi sinar yang masuk ke mata.

AMD adalah kerosakkan makular berupa menurunnya kerapatan pigmen
yang berperanan menyaring cahaya yang masuk ke mata. Akibatnya
penderita AMD tidak dapat melihat dengan jelas, tidak dapat membaca
bahkan tidak dapat mengenali wajah teman sendiri. Zeaxanthin banyak
terdapat pada jagung

9) Membantu Sistem Pencernaan

Kandungan serat dan selulosa dalam jagung ini membantu proses pencernaan
dan perkumuhan sekali gus membolehkan penyerapan bahan toksik yang
mengakibatkan kanser usus besar dapat dikurangkan. Kandungan enzim
dapat mencegah pertumbuhan sel kanser dan membantu badan mengumuhkan
bahan toksik yang membawa kanser.

Monday, September 5, 2011

Salam Aidilfitri


Kami warga Azzurah Dcornz ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin buat semua.

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan


Kami warga Azzurah Dcornz ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak
buat semua yang beragama Islam semoga ramadhan kali ini lebih diberkati dan mendapat
 maghfirah oleh Allah S.W.T

Monday, July 25, 2011

Wawancara Radio Ikim

26.07.2011 @ selasa pada jam 2.30 ptg di radio ikim topik perbincangan
" kelebihan pengambilan jagung dalam bulan ramadhan "
disampaikan dan dikupas oleh Dr Yasmeen

Friday, July 22, 2011

Karnival Gegar Ria

Temui kami di Karnival Gegar Ria Harian Metro di Plaza Angsana, Tampoi, Johor
pada 23 July sehingga 24 July 2011 kehadiran anda dinanti-nantikan.
Untuk memudahkan anda mencari kami berada di Booth 09 berdekatan IKS.
Jumpa anda disana.

Tuesday, July 12, 2011

Changi Expo Singapore

Kepada warga-warga Singapore temui kami di Changi Expo Singapore bermula
dari 14.Julai.2011 sehingga 17.Julai.2011. Temui anda disana.

Monday, July 11, 2011

Khasiat Jagung

 Khasiat Jagung

Jagung sangat kaya dengan manganese, sejenis mineral yang merangsang
kelenjar thyroid manusia untuk membina lebih banyak "triiodothyronine",
iaitu sejenis hormon yang meningkatkan kadar metabolisma manusia.
Lebih tinggi kadar metabolisma lebih baik proses pembuangan sisa badan
manusia, dan ada berpendapat ianya juga dapat membantu bagi mereka
yang iningin mengurangkan berat badan.

Selain daripada yang tersenarai di atas, terdapat beberapa khasiat jagung ini.
Ianya juga telah terbukti dapat merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan
risiko barah usus (colon cancer) dan mengurangkan sakit perut. Ianya juga
sangat baik untuk sistem penghadaman. Tambahan pula ianya mampu
menstabilkan kandungan gula dalam darah, yang mana ianya bermanfaat bagi
mereka yang mempunyai penyakit seperti hypoglycemia dan kencing manis.


1-Kebaikan serta kesihatan jantung

Jagung memang terkenal dengan kebaikannya yang dapat membantu mengurangkan
risiko serangan sakit jantung. Ianya sangat berguna untuk cardiovascular manusia.
Pembinaan "homocysteine" di dalam darah menjadi penyumbang kepada
tersumbatnya saluran darah yang mengalir ke jantung mahupun ke otak.
"Homocysteine" boleh terbentuk  apabila berlaku abnormalities (kecacatan)
serta defisiensi dalam pemprosesan Vitamin B dalam badan.

Jagung mengandungi tahap asid forlic (sejenis vitamin B) yang tinggi, yang mana
ianya mampu memulihkan saluran darah yang tersumbat. Selain dari itu juga Jagung
mengandungi niacin (rujuk article berkenaan cendawan dan labu) yang dikatakan
mampu menurunkan tahap kolesterol, sekaligus membantu mengurangkan penyakit
penyakit berkaitan dengan jantung.

Magnesium pula yang ada dalam jagung membantu melancarkan perjalanan darah,
oksigen serta khasiat makanan keseluruhan tubuh badan. Selain dari itu juga magnesium
dapat mengurangkan keadaan penyakit lain seperti asma, migrain, tekanan darah
yang tidak normal serta mengurangkan risiko penyakit "atherosclerosis" (keadaan
dimana pembuluh darah menebal dan boleh menyebabkan tersumbat) serta penyakit
jantung-kencing manis.
 

2-Dapat mengurangkan risiko barah paru-paru (lung cancer)

Satu kalian yang telah dipaparkan di dalam Cancer Epidemiology, Biomarkers And
Prevention, yang dijalankan di China mendapati mereka yang banyak memakan
makanan seperti jagung, labu, betik, oren dan beberapa jenis buah lagi, mendapati
risiko barah paru-paru telah menurun sebanyak 37% bagi mereka yang merokok.
Ini adalah kerana jagung (dan buah-buahan yang lain tadi) mengandungi
"beta-cryptoxanthin" atau biasa disebut sebagai carotenoid ini ditukar menjadi
vitamin A.


3-Penambah Tenaga

Jagung mengandungi "pantothenic acid". Asid pantothenic ini sangat berguna bagi
tubuh badan manusia kerana ianya mampu untuk mengubah karbohidrat yang kompleks
menjadi glukosa yang seterusnya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ianya juga
dikenali sebagai vitamin B5. Ada juga pendapat yang mengatakan pantothenic acid ini
mampu merangsang mimpi yag agak vivid (jelas) jika diambil sebelum tidur dan mungkin
dapat mengingatinya kembali. Selain dari itu Pantothenic acid ini digelar sebagai
vitamin anti-stress. Ini adalah kerana asid jenis ini berupaya membentuk pelbagai
jenis hormon adrenal yang memberikan manusia keupayaan untuk bertindakbalas
serta menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan stress/tekanan

Dalam masa yang sama juga, beta-carotene di dalam jagung juga menambahkan
hemoglobin di dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis protein yang membawa oksigen
ke sel-sel dalam badan dan mampu mengurangkan rasa keletihan.

Jagung juga dikatakan mengandungi sumber "thiamin" atau vitamin B1. Selain
daripada salah satu sumber yang membantu pembinaan tenaga ianya juga sangat
penting bagi fungsi kognitif sel otak (proses otak berfikir). Ianya diperlukan bagi
proses sintesis "acetylcholine", satu jenis neurotransmitter yang penting untuk
meningkatkan daya ingatan.

Tuesday, June 21, 2011

Sinar Harian

Dapatkan surat khabar Sinar Harian (bahagian Info Agro) sekarang,
terdapat info mengenai Produk Azzurah Dcornz.

Friday, June 17, 2011

Wawancara di Radio Ikim

Anda terlepas mendengar wawancara mengenai produk Azzurah..
mengenai kelebihan estrak jagung...??
Tak perlu kecewa anda boleh mendengarkannya kembali

http://www.mediafire.com/?mn789ncpc7w88jv

Selamat mendengar mengenai kelebihan estrak jagung.

Wednesday, June 15, 2011

Perhatian Semua Pengguna Azzurah Dcornz


15.06.2011, Kami Azzurah Dcornz akan bersiaran di radio ikim (top show) 
bersama-sama dengan Dr Yasmin, Kami akan membincangkan kelebihan
jagung & kelebihan produk Azzurah Dcornz, pastikan anda buka radio 
ikim untuk mendengarnya waktu kami bersiaran dari 6:15 petang-6:45 petang.
Bersama-sama kita mendengarnya.

Monday, June 6, 2011

Kadar Diskaun Azzurah Dcornz

Untuk semua yang masih atau mungkin belum mengetahui lagi
bahawasanya diskaun untuk produk Azzurah D'cornz telah pon berubah dari
 15% bertukar menjadi 10% manakala untuk setiap 6hb setiap bulan diskaun
dari 20% bertukar menjadi 15% dengan minimum pembelian sebanyak 3 kotak.
Harga ahli masih kekal seperti dahulu iaitu RM10 ( seumur hidup )

p/s: Nantikan kemunculan 15.06.2011 tidak lama lagi.

Thursday, May 26, 2011

Iklan Majalah Keluarga


Dapatkan majalah keluarga di pasaran sekarang.

Monday, May 23, 2011

Iklan Majalah Mingguan Wanita


Dapatkan Majalah Mingguan Wanita di pasaran sekarang.
Nikmati 10% diskaun dengan menjadi ahli Azzurah D'CORNZ dengan bayaran
RM10 seumur hidup jangan lepaskan peluang menjadi Ahli Azzurah D'CORNZ

Thursday, April 21, 2011

Iklan Majalah Pa & Ma


Dapatkan majalah Pa & Ma edisi Mei di pasaran berhampiran dengan anda.

Wednesday, April 20, 2011

Karnival Mahabbah IKIMfm

Kepada warga Johor & berhampiran Johor temui kami di Karnival Mahabbah IKIMfm di
Kompleks Mutiara Johor Land,Bandar Dato' Onn, Johor Bahru
pada 22 April sehingga 24 April jam 9:00 pagi sehingga 10:30 malam
Jumpa anda di sana.

Wednesday, April 13, 2011

Iklan Mingguan Wanita 15 April 2011



Jangan lupa dapatkan Majalah Mingguan Wanita 15 April 2011 di kedai yang berhampiran dengan
anda segera.

Friday, March 18, 2011

Iklan Berita Harian & Kosmo





Iklan Berita Harian dan juga iklan Kosmo

Thursday, March 17, 2011

Testimoni Produk Azzurah D'CORNZ ( Goat Milk & Royalle )


Gambar adik Ahmad Farashidi tidak dapat disiarkan kerana menghormati permintaan 
Pn.Nurul Ashikin 
untuk tidak menyiarkan gambar anaknya.


Anak saya menghidap penyakit batu dalam hempedu dan mengalami masalah kekuningan pada mata sejak berusia 12 tahun ( darjah enam ). Beliau sering tidak sihat, lemah-lemah dan tidak dapat menumpukan pada pelajaran. Saya sudah mencuba pelbagai jenis ubatan, herba dan rawatan alternative tetapi masih belum menemui produk yang betul-betul sesuai dengan penyakit dan keadaannya.
Setelah memberi minum D’CORNZ Goat Milk dan 1 sachet D’CORNZ Royalle setiap pagi dan malam, alhamdulilah, saya sangat bersyukur kepada ALLAH, dalam masa 3-4 hari sahaja anak saya semakin cergas dan bertenaga. Masalah kekuningan pada mata juga sudah hilang dan beliau dapat membantu saya membuat kerja-kerja di rumah. Perubahan yang paling ketara yg mengembirakan saya, anak saya sudah boleh bermain bola sepak, bermain badminton dan bersukan.
Saya sangat berterima kasih kepada produk Azzurah D’CORNZ dan bersyukur kepada ALLAH kerana telah menemukan saya dengan produk yang sangat sesuai dan serasi dengan penyakit dan keadaan anak saya. Anak saya sangat menyukainya kerana rasanya yang sedap, unik lagi istimewa.
Sebagai seorang ibu yang sudah hampir setahun melihat kemurungan serta masalah penyakit anak saya, saya sangat gembira dan kembali ceria kerana ank saya sudah mula bersekolah di tingkatan 1 dan beliau dapat bergerak aktif serta dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran.

Nama anak: Ahmad Farashidi Bin Ahmad
Umur: 13 tahun
Tempat: Shah Alam
Masalah: Batu Dalam Hempedu dan Penyakit Kuning

 

Testimoni: Produk Azzurah D'CORNZ ( Royalle )

Testimoni

Anak-anak saya mempunyai masalah leka bermain permainan video sehingga berjam-jam lamanya.
mereka berada di dalam dunianya sehingga tidak menghiraukan pelajaran, makan, minum serta tidak mengendahkan segala arahan saya dan isteri.
saya amat risau dengan situasi ini sehinggalah kawan saya mencadangkan kepada saya untuk mencuba produk D’CORNZ Royalle.
Alhamdulilah, dalam masa 3 hari sahaja pengambilan 1 sachet setiap pagi dan malam, anak-anak saya sudah mula berubah mendengar kata serta nasihat saya. Mereka sudah mula meninggalkan tv, computer dan permainan video dengan sekali arahan serta sudah mula kembali berminat untuk mengulangkaji pelajaran dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran di sekolah.
Saya akan terus memberikan anak-anak saya produk Azzurah D’CORNZ Royalle sebagai pemakanan tambahan kesihatan untuk perkembangan minda dan jiwa.

Nama anak: Ahmad Anas Bin Md.Syahnas
Umur: 9 tahun
Nama Anak: Muhammad Luqman Anas Bin Syahnas
Umur: 7 tahun
Tempat: Ijok, Selangor
Masalah: Terlalu leka bermain video game

Testomoni: Produk Azzurah D'CORNZ (O2)

Testimoni O2

Saya sering mengalami masalah stress di tempat kerja dan keletihan setiap kali balik kerja.
Ini kerana bebanan kerja yang berkait dengan kewangan dan penyelesaian masalah.
Suami saya telah mencadangkan untuk mencuba produk D'CORNZ O2. Pada mulanya saya tidak 
berapa yakin dengan produk ini kerana merasakan ianya mungkin sama sahaja seperti produk-produk 
lain di pasaran. Tetapi selepas 2 hari mencuba D’CORNZ O2 dengan 2 penyemburan dibawah lidah setiap pagi dan malam, saya merasakan perubahan yang ketara di mana saya tidak lagi merasai stress sewaktu di tempat kerja dan dapat melaksanakan tugasan dengan lebih lancar. Daya ingatan, daya focus dan semangat saya juga semakin baik.
Secara ketaranya jugak, saya tidak lagi cepat berasa letih serta bila pulang dari kerja dan kehidupan saya semakin bertenaga dan ceria. Saya akan terus mengamalkan penggunaan produk D’CORNZ O2 setiap pagi dan malam kerana kesannya yang terbukti menenangkan minda, bertenaga serta hebat berkhasiat


Nama: Yuhany Kamarolzaman
Umur: 36 tahun
Tempat: Putrajaya
Masalah: Masalah stress & keletihan melampau

Wednesday, March 16, 2011

Iklan Mingguan Wanita


Antara iklan di Mingguan Wanita.
Dapatkan mingguan wanita untuk melihat iklan Azzurah Dcornz.
Dapatkan Majalah mingguan wanita 18-24 March 2011 dipasaran sekarang...

Monday, March 7, 2011

Pelancaran Keahlian Produk AzzurahH Dcornz

As'salam mulaikum wtb & Salam 1 Malaysia,

PELANCARAN KAD AHLI RANGKAIAN PRODUK AZZURAH D’CORNZ

Dengan sukacitanya dimaklumkan pihak pengurusan rangkaian produk AzzuraH D’Cornz selaku Peneraju Produk Berasaskan Ekstrak Jagung Yang Pertama Di Malaysia mempelawa anda untuk menyertai kami sebagai ahli dengan yuran keahlian RM10 sahaja seumur hidup dengan kadar diskaun 15% setiap produk dan berpeluang menyertai AZZURAH SHOPPING DAY pada setiap 6hb, setiap bulan dengan kadar diskaun 20% kepada ahli.


Rangkaian Produk Azzurah D’Cornz berkonsepkan trading atau single level dan ianya BUKAN berkonsepkan perniagaan bertingkat atau MLM (Multi Level Marketing).

Wednesday, February 23, 2011

Expo Carnival

Assalamualaikum, temui kami di Expo Carnival Merlimau berhadapan dengan
Politeknik Merlimau bermula daripada 18.02.2011 sehingga 06.03.2011
Dapatkan produk kami disana dengan harga yang berpatutan.
Jangan Lepaskan Peluang..

Sunday, January 2, 2011

D'Cornz ROYALLE

D’CORNZ ROYALLE         
 (Daya Ingatan, Tumpuan, Pelembut Hati)

KHASIAT JAGUNG

-          Amat kaya dengan protein, kalsium, betakerotina, fosforus, zat besi, serat tinggi mengandungi vitamin A, B1, B5, C dan K yang baik untuk kesihatan. Jagung juga mampu menurunkan tekanan darah dan kadar kolestrol serta melawaskan pembuangan air kecil dan besar.
-          Mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga segera kepada tubuh.
-          Bagi pengidap diabetes, jagung mampu menurunkan serta mengimbangi kadar gula dalam darah.
-          Asid folat di dalam jagung dapat mencegah kacacatan pada bayi ketika dilahirkan. Sangat disarankan kepada penghidap anemia.
-          Karotenoid yang dikenali sebagai Zeaxantin di dalam jagung sangat baik untuk mata dan berfungsi sebagai anti-katarak serta mampu melindungi retina dari masalah ‘Kemerosotan Maskular Berkaitan Umur’ (AMG-Age Mascular Digeneration) yang berisikio menjadi buta.

KHASIAT KURMA 

Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, 
potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix 
dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, 
di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam 
bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi 
sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa 
yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh 
membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati 
penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan 
setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus 
kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah 
kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus 
menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau 
madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

KHASIAT MADU

Rasulullah SAW juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan 
Al-Qur'an. Baginda bersabda (maksudnya): "Ambillah / pergunakanlah olehmu 
sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Qur'an." 
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Daripada hadith di atas ini, ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri 
dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin 
yang kuat. Di samping itu, madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan
tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal 
ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah 
dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah diri daripada 
pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu, madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi 
agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga
memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah 
SAW juga mengamalkannya.
Galakan memakan/ meminum madu di pagi hari ini diperkuatkan lagi dengan satu 
lagi hadith Nabi SAW. Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya).
"Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, 
maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar
pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat 
dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan 
yang terbakar. Selain itu, memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk
yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya 
pada bahagian kaki.

KHASIAT GINGKO BILOBA

Ginkgo biloba telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat proses 
peredaran darah yang terganggu (circulatory disorders) dan menguatkan daya ingatan. 
Kajian saintifik sejak bertahun-tahun yang lalu turut menyokong perubatan tradisional ini. 
Bukti menunjukkan GBE adalah berkesan dalam merawat penyakit yang berkaitan 
dengan pengurangan aliran darah ke otak yang biasanya berlaku pada individu yang 
berumur. Kajian makmal menunjukkan GBE memperbaiki peredaran darah 
dengan membesarkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet darah.
Daun ginkgo juga mengandungi dua jenis bahan kimia (flavonoid dan terpenoid) 
yang dipercayai mengandungi ciri-ciri antioksidan. Antioksidan adalah bahan yang 
diperlukan oleh tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan membantu mengurangkan 
atau mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Kehadiran radikal 
bebas boleh melumpuhkan sebatian dalam badan yang mengubah membran sel, 
merosakkan DNA dan juga menyebabkan sel mati. Radikal bebas terjadi secara 
semulajadi dalam badan tetapi toksin persekitaran (termasuk cahaya UV, radiasi, 
asap tembakau dan pencemaran udara) juga boleh menambah bilangan zarah-zarah 
yang rosak. Radikal bebas dipercayai menyumbang kepada masalah kesihatan termasuk 
sakit jantung dan kanser sebagaimana ia menyebabkan penyakit Alzheimer dan penyakit
kronik lain.
Ginkgo Biloba merupakan spesies pokok tertua. Sepohon tunggal ginkgo boleh hidup 
selama 1000 tahun dan tumbuh sehingga ketinggian 120 kaki. Ia mempunyai 
ranting/dahan pendek dengan daun berbentuk kipas dan buah yang tidak boleh dimakan 
yang mengeluarkan bau yang kuat. Buahnya mengandungi biji benih dan terdapat satu 
laporan keracunan makanan setelah makan biji benih tersebut.
 Kajian moden telah memfokus kepada GBE iaitu ekstrak ginkgo biloba yang 
disediakan daripada daun hijau yang telah kering. Ekstrak ini dipekatkan dan kelihatan 
lebih efektif secara klinikal dalam merawat masalah kesihatan (terutamanya penyakit 
yang berkaitan dengan peredaran darah).
Lebih 40 komponen yang diekstrak daripada pohon ginkgo telah dikenalpasti tetapi 
hanya 2 komponen yang dipercayai memberi kesan herba yang bermanfaat kepada 
manusia iaitu flavonoid dan terpenoid. Flavonoid (seperti quercetin dan rutin) mempunyai
kesan antioksidan yang berpotensi tinggi. Kajian makmal menunjukkan flavonoid 
melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada rosak. Manakala 
terpenoid (seperti ginkgolide) memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan 
saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.
* Membantu memperbaiki keadaan hipoksia (kekurangan oksigen) terutama pada tisu otak
* Mencegah kejadian edema serebrum akibat trauma hipoksia
* Meringan edema retina dan kecederaan sel-sel pada retina
* Memperlahankan pelepasan reseptor kolinergik muskarinik dan reseptor adrenergik yang
berkaitan dengan penuaan.
* Membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
* Membantu menperbaiki masalah keseimbangan badan
* Meningkatkan pengedaran darah terutamanya ke bahagian peredaran mikro
* Melancarkan aliran darah dengan mengurangkan kelikatan darah
* Berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
* Mengelakkan pembekuan darah dengan menindas pembentukan PAF
* Berfungsi melindungi sistem saraf

KHASIAT BUAH PALA 

Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya 
merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap
bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat 
serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga Myristicaceae, yang 
dikenali dengan nama saintifiknya Myristica Fragrans juga merupakan penawar 
untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan 
dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya
pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah 
satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit


KHASIAT MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di 
benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga 
keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.
Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. 
Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat 
Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, 
di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang 
memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan urutan (massage) terapi
Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Vitamin E yang 
terkandung di dalam minyak zaitun di dapati boleh merendahkan kolestrol  LDL
(kolestrol jahat), tekanan darah tinggi dan risiko koronori jantung.

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA (VCO)

      -     Tidak membebankan organ pancreas
      -      Lemak tepu rantai sederhana pendek. (MCFA – mudah dihadam)
-      Sudah mula dihadamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem tubuhnya kurang berkembang.
-      Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima
-      Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria  tanpa perlu bantuan enzim.
-     Sel jadi cekap dan efisien
-      Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas
-      Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem tubuh
-      Tiada kolesterol
-      Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid
-      Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.
-      Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara.
-     Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)
-      Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien)
-     Meningkatkan daya tahan (endurance)
-     Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semula jadi.
-     Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua.
-     Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia  adalahalternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
-    Mengawal kencing manis  - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
-    Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida  semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas .
-    Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada  pembuluh darah yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.
-    Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.



KHASIAT GARAM BUKIT

Garam bukit merupakan salah satu zat mineral yang berguna untuk kecantikan dan 
kesihatan serta dipercayai mampu membantu ke arah kesihatan optimum. Daripada 84
elemen galian yang  terdapat dalam tubuh badan manusia, 72 dipercayai bahan paling 
penting dalam diet yang sihat dan garam bukit ini mengandungi semua elemen galian
tersebut.
Semua galian itu adalah kristal matrik yang sempurna dan bersifat bentuk yang terakhir 
(caj elektrik). Menurut seorang saintis dan pemenang dua anugerah Nobel, setiap gejala 
dan penyakit berpunca daripada masalah ketidakseimbangan atau kekurangan zat 
mineral dalam tubuh.
Garam biasa berbeza dengan garam kristal. Garam biasa atau natrium klorida 
meningkatkan tekanan darah berbanding garam bukit semula jadi. Garam ini 
mengandungi 84 elemen galian terpenting. Antaranya klorida yang boleh digunakan 
oleh badan untuk menghasilkan asid hidroklorik iaitu bahan penting bagi penghadaman.
Oleh itu, sedikit garam di ambil sebelum makan dapat mencukupkan asid hidroklorik 
dalam perut sebelum makanan baru masuk dalam perut. Ini merupakan saranan & sunnah 
Nabi Muhammad saw.
Perlu diketahui bahawa kesan berbahaya akibat terlalu banyak makan garam itu adalah 
kerana paras sodium yang tinggi bukannya paras klorida. Bahkan orang yang langsung 
  tidak makan garam mungkin mendapat penyakit akibat kekurangan asid hidroklorik
dalam badannya.







Maklumat Nutrisi

Item
Setiap 100gm
Tenaga
300 kcal
Jumlah Lemak
0.1 gm
Karbohidrat
80.5 gm
Jumlah Gula
40.2 gm
Protien
0.1 gm

HARGA PASARAN: RM49.90
BERAT BERSIH : 10gm x 20 sachet

Bahan Kandungan:
Ekstrak Jagung, Ekstrak Gingko Biloba, Ekstrak Buah Pala, Ekstrak Kurma, 
Ekstrak Kismis, Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara (VCO), Madu & Garam Bukit.
Adunan Istimewa: Larutan Tinta Zaafaran 30 Juzuk, Air Zamzam, Bacaan Selawatshifa & Bismillah 6 (Sebagai ikhtiar dan medium bagi menambah keberkesanan 
dan keberkatan).

Siapa yang memerlukan produk ini:

- Kanak-kanak, remaja, orang dewasa, ibu-ibu yang mengandung, warga emas 
serta semua orang yang ingin sihat dan bertenaga serta mereka yang ingin memelihara
diri dari masalah saraf dan nyanyuk.

- Mereka yang banyak menggunakan daya ingatan, tumpuan serta kuasa minda untuk
berfikir seperti para pelajar, guru, pensyarah dan pelajar / guru yang menghafal Al-Quran.

-  Para pesakit saraf serta mereka yang mengalami masalah lemah tenaga fizikal & 
mental, perjalanan darah yang tidak setabil dan sering terlupa.

- Pesakit dibetes, darah tinggi, demam kuning dan melibatkan masalah hati, 
hempedu & paru-paru.

- Paling istimewa untuk ibu-ibu mengandungi bagi memeliharai kandungan 
dan bakal melahirkan anak-anak yang soleh / solehah yang genius, berilmu, 
beriman dan beramal.

- Istimewa juga untuk mereka yang mempunyai anak-anak yang hyper aktif, 
degil, tidak mendengar cakap ibubapa, sukar bersolat atau ingkar melakukan amal 
kebajikan. 

- Istimewa untuk mereka yang menghadapi masalah sihir, gangguan makhluk halus, 
gangguan mental, sering rasa takut atau gemuruh.