Produk

  • Royalle

    Daya Ingatan, Tumpuan, Pelembut Hati...read more

  • Goat Milk

    Tenaga, Sendi, Saraf, Tulang, Hati, Kulit...read more

  • O2

    Dihasilkan daripada ektrak jagung terpilih...read more

  • Tea Goat Milk

    Jantung, Kolestrol, Anti-Oksidan...read more

  • Produk Azzurah D'cornz

    Dapatkan produk Azzurah D'CORNZ di...read more

Sunday, January 2, 2011

D'Cornz Tea Goat Milk

D’CORNZ  TEA GOAT MILK   
 (Jantung, Kolestrol, Anti-Oksidan)

Kebaikan & Khasiat Susu Kambing

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:  
Susu Kambing Mudah Hadam
  • Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
  • Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.
Alahan Laktosa

  • Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
  • Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
Susu Kambing Bersifat Alkali

  • Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.
  • Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik

  • Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.
Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
  • Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium

  • Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium  

  • Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati  mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
 
Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan

  • Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.
  • Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  • Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit  asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  • Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
  • Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.

KHASIAT TEH CEYLON (Green Tea)

Amalan meminum teh khususnya di kalangan masyarakat China dan Jepun telah 
diamalkan lebih dari 5000 tahun dahulu. Teh dalam masyarakat mereka bukanlah 
sahaja setakat simbol peradaban sosial malah merupakan elemen penting di dalam 
penjagaan kesihatan mereka.
Menurut hikayat lama China, teh ditemui secara kebetulan oleh Maharaja Shen Nung 
apabila beberapa helai daun teh gugur dan jatuh ke dalam cawan air panas Maharaja. 
Aroma dan perisa minuman tersebut telah menyebabkan beliau mengisythiarkan teh 
sebagai minuman rasmi dan seterusnya telah mengesyorkan teh sebagai penawar 
bagi pelbagai masalah kesihatan seperti masalah buah pinggang, demam dan tumor.
Mungkin pada masa itu cadangan Maharaja Shen Nung tidak masuk akal tetapi kini 
kajian sains telah membuktikan fakta-fakta tersebut ada kebenarannya.
Khasiat dan keistimewaan teh telah diaplikasi terutamanya oleh sami-sami Buddha pada 
masa itu. Teh membantu mereka berjaga bagi bermeditasi. Mereka juga mempercayai 
bahawa teh ini mempunyai kuasa penyembuhan.

Polyphenols

Merupakan elemen biokimia yang terdapat di dalam daun teh dan mempunyai 
sebatian Flavenoid. Flavenoid ini juga terdapat di dalam sayuran dan buah-buahan 
dan merupakan agen anti–oksida. Polyphenol mampu menaikkan bilangan sel darah putih 
yang berfungsi sebagai penghalang jangkitan. Oleh yang  demikian, sistem imun 
badan manusia lebih kuat. Flavenoid yang merupakan agen anti-oksida mampu 
menghalang strok dan serangan sakit jantung. Ia mampu memperkuatkan saluran darah 
dan mengurangkan kadar kolestrol di dalam pengedaran darah.

Minyak Harum

Minyak ini terhasil melalui percampuran kimia dalam daun teh yang dapat menghasilkan 
aroma dan keharuman.

Vitamin dan Nutrien

Vitamin C terdapat dengan banyaknya di dalam teh hijau. Menurut kajian2 cawan kecil teh 
hijau mempunyai vitamin C sebuah gelas besar jus oren, teh juga mempunyai nutrien 
seperti manganese, pottasium, niacin dan asid folik.
Teh hijau {green tea} merupakan bentuk teh yang paling popular di kalangan penduduk 
China dan Jepun mempunyai khasiatnya tersendiri. Penyelidikan mendapati ia 
mempunyai Flavenoid EGC yang mampu mengubati penyakit kanser. Kajian yang dibuat 
oleh Shizuoka Hamamatsu College penduduk yang tinggal di kawasan penanaman 
teh mempunyai kadar kematian yang lebih rendah jika dibandingkan dengan kawasan 
lain. Shizuoka Prefecture sebuah kawasan penanaman teh yang menghasilkan 40,000 
metrik ton teh setahun secara relatifnya mempunyai kadar kematian akibat kanser yang 
jauh lebih rendah jiika di bandingkan dengan kawasan lain di Jepun.
Saintis berpendapat bahawa daun teh hijau {green tea} ini mempunyai unsur Catechin, 
sejenis Polyphenal ynag membantu badan manusia menghindarti risiko kanser. Kajian 
yang telah dilakukan ke atas unsur Catechin ini telah mendapati unsur ini mampu 
membunuh Helibactur; iaitu sejenis bakteria yang merupakan sumber kanser perut.
Para saintis barat juga tidak ketinggalan dalam mengkaji khasiat daun teh ini. Para 
saintis di Case Western Reserve University di Cleveland mendapati daun teh hijau 
sangat berkesan dalam menghalang kanser kulit sebanyak 90%.
Selain itu, beberapa faedah lain meminum teh yang telah ditemui. Para doktor 
gigi  mengesyorkan meminum teh kerana ia kaya dengan fluorida. Fluorida 
mampu memperkuatkan enamel  gigi malah tulang-tulang badan sekaligus, ini 
mengurangkan risiko Osteoperosis. Polyphenol yang ditemui dalam teh hijau pula 
di dapati mengurangkan bakteria di dalam mulut. Teh juga dikatakan mampu 
meningkatkan konsentrasi dan daya tumpuan manusia.
Perubatan Ayurveda turut mempraktikkan khasiat teh hijau ini. Para pengamal Ayurveda 
sering mengesyorkan kepada pesakit mereka agar mengamalkan amalan meminum teh 
hijau. Para pengamal Ayurveda berpendapat bahawa teh hijau ini dapat mengelakkan 
kanser seperti kanser perut, kulit dan pelbagai penyakit lain. Para pesakit mereka 
digalakkan menambil 2 cawan teh hijau bagi mendapat manfaatnya. Malah ada 
kebudayaan yang mengesyorkan meminum teh kerana ia dipercayai dapat meningkatkan 
usia serta mempunyai kuasa pencegahan dan pemulihan penyakit.
Teh dari sebuah simbol tradisI kini telah berkembang penggunaannya di dalam cara 
hidup dan perubatan moden.

KHASIAT JAGUNG

-          Amat kaya dengan protein, kalsium, betakerotina, fosforus, zat besi, serat tinggi mengandungi vitamin A, B1, B5, C dan K yang baik untuk kesihatan. Jagung juga mampu menurunkan tekanan darah dan kadar kolestrol serta melawaskan pembuangan air kecil dan besar.
-          Mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga segera kepada tubuh.
-          Bagi pengidap diabetes, jagung mampu menurunkan serta mengimbangi kadar gula dalam darah.
-          Asid folat di dalam jagung dapat mencegah kacacatan pada bayi ketika dilahirkan. Sangat disarankan kepada penghidap anemia.
-          Karotenoid yang dikenali sebagai Zeaxantin di dalam jagung sangat baik untuk mata dan berfungsi sebagai anti-katarak serta mampu melindungi retina dari masalah ‘Kemerosotan Maskular Berkaitan Umur’ (AMG-Age Mascular Digeneration) yang berisikio menjadi buta.





Maklumat Nutrisi

Item
Setiap 100gm
Tenaga
450 kcal
Jumlah Lemak
13.5 gm
Karbohidrat
40.5 gm
Jumlah Gula
28.2 gm
Protien
4.9 gm

HARGA PASARAN: RM38.00
BERAT BERSIH : 21gm x 15 sachet

Bahan Kandungan:
Susu Kambing, Teh Ceylon (Green Tea) &
Ekstrak Jagung

Siapa yang memerlukan produk ini:

-  Kanak-kanak, remaja, orang dewasa, warga emas dan semua orang yang ingin 
sihat bertenaga serta mereka yang ingin mencegah dan melindungi dari masalah jantung.

- Mereka yang banyak menggunakan daya ingatan, tumpuan serta kuasa minda untuk 
berfikir seperti para pelajar, guru, pensyarah dan pelajar yang menghafal Al-Quran.

-  Para pesakit saraf serta mereka yang mengalami masalah lemah tenaga fizikal 
& mental, perjalanan darah yang tidak setabil dan sering terlupa.

- Pesakit jantung, darah tinggi, demam kuning dan melibatkan masalah hati, 
hempedu & paru-paru.



0 comments:

Post a Comment