Produk

  • Royalle

    Daya Ingatan, Tumpuan, Pelembut Hati...read more

  • Goat Milk

    Tenaga, Sendi, Saraf, Tulang, Hati, Kulit...read more

  • O2

    Dihasilkan daripada ektrak jagung terpilih...read more

  • Tea Goat Milk

    Jantung, Kolestrol, Anti-Oksidan...read more

  • Produk Azzurah D'cornz

    Dapatkan produk Azzurah D'CORNZ di...read more

Monday, July 11, 2011

Khasiat Jagung

 Khasiat Jagung

Jagung sangat kaya dengan manganese, sejenis mineral yang merangsang
kelenjar thyroid manusia untuk membina lebih banyak "triiodothyronine",
iaitu sejenis hormon yang meningkatkan kadar metabolisma manusia.
Lebih tinggi kadar metabolisma lebih baik proses pembuangan sisa badan
manusia, dan ada berpendapat ianya juga dapat membantu bagi mereka
yang iningin mengurangkan berat badan.

Selain daripada yang tersenarai di atas, terdapat beberapa khasiat jagung ini.
Ianya juga telah terbukti dapat merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan
risiko barah usus (colon cancer) dan mengurangkan sakit perut. Ianya juga
sangat baik untuk sistem penghadaman. Tambahan pula ianya mampu
menstabilkan kandungan gula dalam darah, yang mana ianya bermanfaat bagi
mereka yang mempunyai penyakit seperti hypoglycemia dan kencing manis.


1-Kebaikan serta kesihatan jantung

Jagung memang terkenal dengan kebaikannya yang dapat membantu mengurangkan
risiko serangan sakit jantung. Ianya sangat berguna untuk cardiovascular manusia.
Pembinaan "homocysteine" di dalam darah menjadi penyumbang kepada
tersumbatnya saluran darah yang mengalir ke jantung mahupun ke otak.
"Homocysteine" boleh terbentuk  apabila berlaku abnormalities (kecacatan)
serta defisiensi dalam pemprosesan Vitamin B dalam badan.

Jagung mengandungi tahap asid forlic (sejenis vitamin B) yang tinggi, yang mana
ianya mampu memulihkan saluran darah yang tersumbat. Selain dari itu juga Jagung
mengandungi niacin (rujuk article berkenaan cendawan dan labu) yang dikatakan
mampu menurunkan tahap kolesterol, sekaligus membantu mengurangkan penyakit
penyakit berkaitan dengan jantung.

Magnesium pula yang ada dalam jagung membantu melancarkan perjalanan darah,
oksigen serta khasiat makanan keseluruhan tubuh badan. Selain dari itu juga magnesium
dapat mengurangkan keadaan penyakit lain seperti asma, migrain, tekanan darah
yang tidak normal serta mengurangkan risiko penyakit "atherosclerosis" (keadaan
dimana pembuluh darah menebal dan boleh menyebabkan tersumbat) serta penyakit
jantung-kencing manis.
 

2-Dapat mengurangkan risiko barah paru-paru (lung cancer)

Satu kalian yang telah dipaparkan di dalam Cancer Epidemiology, Biomarkers And
Prevention, yang dijalankan di China mendapati mereka yang banyak memakan
makanan seperti jagung, labu, betik, oren dan beberapa jenis buah lagi, mendapati
risiko barah paru-paru telah menurun sebanyak 37% bagi mereka yang merokok.
Ini adalah kerana jagung (dan buah-buahan yang lain tadi) mengandungi
"beta-cryptoxanthin" atau biasa disebut sebagai carotenoid ini ditukar menjadi
vitamin A.


3-Penambah Tenaga

Jagung mengandungi "pantothenic acid". Asid pantothenic ini sangat berguna bagi
tubuh badan manusia kerana ianya mampu untuk mengubah karbohidrat yang kompleks
menjadi glukosa yang seterusnya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ianya juga
dikenali sebagai vitamin B5. Ada juga pendapat yang mengatakan pantothenic acid ini
mampu merangsang mimpi yag agak vivid (jelas) jika diambil sebelum tidur dan mungkin
dapat mengingatinya kembali. Selain dari itu Pantothenic acid ini digelar sebagai
vitamin anti-stress. Ini adalah kerana asid jenis ini berupaya membentuk pelbagai
jenis hormon adrenal yang memberikan manusia keupayaan untuk bertindakbalas
serta menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan stress/tekanan

Dalam masa yang sama juga, beta-carotene di dalam jagung juga menambahkan
hemoglobin di dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis protein yang membawa oksigen
ke sel-sel dalam badan dan mampu mengurangkan rasa keletihan.

Jagung juga dikatakan mengandungi sumber "thiamin" atau vitamin B1. Selain
daripada salah satu sumber yang membantu pembinaan tenaga ianya juga sangat
penting bagi fungsi kognitif sel otak (proses otak berfikir). Ianya diperlukan bagi
proses sintesis "acetylcholine", satu jenis neurotransmitter yang penting untuk
meningkatkan daya ingatan.

0 comments:

Post a Comment