Produk

  • Royalle

    Daya Ingatan, Tumpuan, Pelembut Hati...read more

  • Goat Milk

    Tenaga, Sendi, Saraf, Tulang, Hati, Kulit...read more

  • O2

    Dihasilkan daripada ektrak jagung terpilih...read more

  • Tea Goat Milk

    Jantung, Kolestrol, Anti-Oksidan...read more

  • Produk Azzurah D'cornz

    Dapatkan produk Azzurah D'CORNZ di...read more

Tuesday, October 4, 2011

Kenapa Anda Perlu Mengambil Produk Azzurah Dcornz

Sembilan Sebab

1) Penjana Tenaga Segera

Jagung mengandungi Asid PantothenicAsid Pantothenic ini sangat berguna bagi
tubuh badan manusia kerana ianya mampu untuk mengubah karbohidrat yang kompleks
menjadi glukosa yang  seterusnya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ianya juga
dikenali sebagai Vitamin B5.

Dalam masa yang sama juga,Beta-Carotene di dalam jagung juga menambahkan
hemoglobin di dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis protein yang membawa
oksigen ke sel-sel dalam badan dan mampu mengurangkan rasa keletihan.

2) Bertindak Balas Anti Stress

Ada juga pendapat yang mengatakan Asid Pantothenic ini mampu merangsang mimpi
yang jelas jika diambil sebelum tidur dan mungkin dapat mengingatinya kembali.
Selain dari itu Asid Pantothenic ini jugak digelar sebagai Vitamin Anti-Stress. Ini
adalah kerana asid jenis ini berupaya membentuk pelbagai jenis Hormon Adrenal yang
memberikan manusia keupayaan untuk bertindakbalas serta menyesuaikan diri dengan
pelbagai keadaan stress/tekanan

3) Menguatkan Daya Ingatan & Daya Fokus

Jagung juga dikatakan mengandungi sumber Thiamin atau Vitamin B1. Selain
daripada salah satu sumber yang membantu pembinaan tenaga ianya juga sangat
penting bagi Fungsi Kognitif Sel Otak (proses otak berfikir). Ianya diperlukan
bagi proses sintesis Acetylcholine, satu jenis Neurotransmitter yang penting
untuk Meningkatkan Daya Ingatan

4) Meningkatkan Metabolisma

Jagung sangat kaya dengan Manganese, sejenis mineral yang merangsang kelenjar
thyroid manusia untuk membina lebih banyak 'Triiodothyronine', iaitu Sejenis
Hormon yang meningkatkan kadar metabolisma manusia. Lebih tinggi kadar
 metabolisma lebih baik proses pembuangan sisa badan manusia, dan ada
berpendapat ianya juga dapat membantu bagi mereka yang ingin mengurangkan
berat badan.

5) Baik Untuk Kesihatan Jantung

Jagung memang terkenal dengan kebaikannya yang dapat membantu mengurangkan
risiko serangan sakit jantung. Ianya sangat berguna untuk cardiovascular manusia.
Pembinaan 'homocysteine' di dalam badan sering kali dikaitkan dengan penyakit
jantung. Pembinaan 'homocysteine' di dalam darah menjadi penyumbang kepada
tersumbatnya saluran darah yang mengalir ke jantung mahupun ke otak.
Homocysteine boleh terbentuk apabila berlaku abnormalities (kecacatan) serta
defisiensi dalam pemprosesan Vitamin B dalam badan.

Jagung mengandungi tahap asid folik (sejenis vitamin B) yang tinggi, yang mana
ianya mampu memulihkan saluran darah yang tersumbat. Selain dari itu juga
jagung mengandungi niacin yang dikatakan mampu menurunkan tahap
kolesterol, sekaligus membantu mengurangkan penyakit-penyakit berkaitan
dengan jantung.

Magnesium pula yang ada dalam jagung membantu melancarkan perjalanan
darah,oksigen serta khasiat makanan keseluruhan tubuh badan. Selain dari itu
juga magnesium dapat mengurangkan keadaan penyakit lain seperti asma,
migrain, tekanan darah tidak normal serta mengurangkan risiko penyakit
Atherosclerosis (keadaan di mana pembuluh darah menebal dan boleh
menyebabkan tersumbat) seperti penyakit jantung dan stroke.

6) Membantu Mengurangkan Risiko Barah Paru-Paru (Lung Cancer)

Satu kajian yang telah dipaparkan di dalam Cancer Epidemiology,
Biomarkers And Prevention, yang dijalankan di China mendapati mereka
yang banyak memakan makanan seperti jagung,labu,betik,oren dan beberapa
jenis buah lagi, mendapati risiko barah paru-paru telah menurun sebanyak 37%
bagi mereka yang merokok. Ini adalah kerana jagung (dan buah-buahan yang lain
tadi) mengandungi Beta-Cryptoxanthin atau biasa disebut sebagai Carotenoid,
ianya lebih bersifat provitamin A, yang mana apabila diserap oleh tubuh
carotenoid ini ditukar menjadi Vitamin A.

7) Membantu Mengurangkan Risiko NTD (Neural-Tube Birth Defects)

Jagung mengandungi tahap asid folik (sejenis vitamin B) yang tinggi dan ianya
dapat membantu mengurangkan risiko NTD atau Neural-Tube Birth Defects
(kecacatan bayi baru lahir). NTD boleh menyebabkan kematian atau
kecacatan yang serius pada bayi.

8) Membantu Mencegah AMD (Age-Related Macular Degeneration)

Jagung kaya dengan khasiat Zaexanthin yang mampu mencegah AMD atau
Kemerosotan Makular Berkaitan Umur disebabkan faktor usia yang
mampu menyebabkan orang ramai berisiko menjadi buta.

Makular berada di tengah-tengah retina dan bersebelahan langsung dengan
lensa mata. Makular merupakan kawasan kecil yang mengandungi jutaan sel
yang membantu menghasilkan penglihatan yang tajam untuk membaca atau
melihat objek dengan jelas. Senyawa karotenoid lain yang terdapat di dalam
Makular adalah Zeaxanthin, yang diketahui dapat memberikan manfaat untuk
kesihatan mata. Pigmen makular dipercayai dapat melindungi retina dari
radiasi sinar yang masuk ke mata.

AMD adalah kerosakkan makular berupa menurunnya kerapatan pigmen
yang berperanan menyaring cahaya yang masuk ke mata. Akibatnya
penderita AMD tidak dapat melihat dengan jelas, tidak dapat membaca
bahkan tidak dapat mengenali wajah teman sendiri. Zeaxanthin banyak
terdapat pada jagung

9) Membantu Sistem Pencernaan

Kandungan serat dan selulosa dalam jagung ini membantu proses pencernaan
dan perkumuhan sekali gus membolehkan penyerapan bahan toksik yang
mengakibatkan kanser usus besar dapat dikurangkan. Kandungan enzim
dapat mencegah pertumbuhan sel kanser dan membantu badan mengumuhkan
bahan toksik yang membawa kanser.