Produk

  • Royalle

    Daya Ingatan, Tumpuan, Pelembut Hati...read more

  • Goat Milk

    Tenaga, Sendi, Saraf, Tulang, Hati, Kulit...read more

  • O2

    Dihasilkan daripada ektrak jagung terpilih...read more

  • Tea Goat Milk

    Jantung, Kolestrol, Anti-Oksidan...read more

  • Produk Azzurah D'cornz

    Dapatkan produk Azzurah D'CORNZ di...read more

Friday, December 31, 2010

D'Cornz Goat Milk

D’CORNZ GOAT MILK      
(Tenaga, Sendi, Saraf, Tulang, Hati, Kulit)

Kebaikan & Khasiat Susu Kambing

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing 
mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu.
Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:  
Susu Kambing Mudah Hadam
  • Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
  • Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah asid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.
Alahan Laktosa

  • Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
  • Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
Susu Kambing Bersifat Alkali

  • Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.
  • Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik

  • Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.
Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
  • Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.


Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium

  • Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium 

  • Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati  mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
 
Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan

  • Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.
  • Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  • Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit  asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  • Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
  • Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.

KHASIAT JAGUNG

-          Amat kaya dengan protein, kalsium, betakerotina, fosforus, zat besi, serat tinggi mengandungi vitamin A, B1, B5, C dan K yang baik untuk kesihatan. Jagung juga mampu menurunkan tekanan darah dan kadar kolestrol serta melawaskan pembuangan air kecil dan besar.
-          Mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga segera kepada tubuh.
-          Bagi pengidap diabetes, jagung mampu menurunkan serta mengimbangi kadar gula dalam darah.
-          Asid folat di dalam jagung dapat mencegah kacacatan pada bayi ketika dilahirkan. Sangat disarankan kepada penghidap anemia.
-          Karotenoid yang dikenali sebagai Zeaxantin di dalam jagung sangat baik untuk mata dan berfungsi sebagai anti-katarak serta mampu melindungi retina dari masalah ‘Kemerosotan Maskular Berkaitan Umur’ (AMG-Age Mascular Digeneration) yang berisikio menjadi buta.


KELEBIHAN KURMA, KISMIS & MADU

-            Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat  diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten.
-            Kismis membantu menguatkan daya ingatan, mencerdaskan minda, mengubati penyakit lupa, memutuskan balgham, membersihkan hati dan mencerahkan mata.
-            Madu mengeluarkan serta membersih kotoran yang ada dalam darah. Memulihkan kembali kebekuan darah dan memperbaiki pengaliran darah. Menghindarkan asma, lelah, resdung, buasir, sakit tekak dan tyroid.

KHASIAT GARAM BUKIT

Ternyata garam bukan sebagai penyedap makanan saja. Ia termasuk salah satu 
zat mineral yang berguna buat kecantikan dan kesihatan. Misalnya, garam 
kristal yang diperolehi dari rantau Himalaya dipercayai membantu ke arah kesihatan 
optimum. Daripada 84 elemen galian yang terdapat dalam tubuh badan manusia, 72 
dipercayai bahan paling penting diet yang sihat dan garam galian kristal mengandungi 
semua elemen galian tersebut.
Semua galian itu adalah kristal matrik yang sempurna dan bersifat bentuk yang 
terakhir (caj elektrik). Menurut seorang saintis dan pemenang dua anugerah Nobel, 
setiap gejala dan penyakit berpunca daripada masalah ketidakseimbangan atau 
kekurangan zat mineral dalam tubuh.
Kita memperoleh bekalan zat-zat mineral daripada pemakanan antaranya bijiran, sayur 
sayuran dan buah2an.
Satu lagi kajian tentang zat mineral dan tumbuh-tumbuhan oleh Universiti Rutgers, 
New Jersey mendapati bahawa tanah pertanian yang telah diulang tanam berkali-kali 
telah ketandusan zat-zat mineral bagi tanaman yang kemudian.
Oleh itu, kebanyakan bijiran, sayur-sayuran dan buah-buahan kini tidak berupaya 
membekalkan semua zat mineral yang diperlukan tubuh.
Garam biasa berbeza dengan garam kristal. Garam biasa atau natrium klorida 
meningkatkan tekanan darah berbanding garam kristal tulen dan semula jadi. 
Garam ini mengandungi 84 elemen galian terpenting. Antaranya klorida yang boleh 
digunakan oleh badan untuk menghasilkan asid hidroklorik iaitu bahan penting 
bagi penghadaman.
Oleh itu, sedikit garam diambil sebelum makan dapat mencukupkan asid hidroklorik 
dalam perut sebelum makanan baru masuk dalam perut.
Perlu diketahui bahawa kesan berbahaya akibat terlalu banyak makan garam itu adalah 
kerana paras sodium naik tinggi bukannya paras klorida. Bahkan orang yang langsung 
tidak makan garam mungkin mendapat penyakit akibat kekurangan asid hidroklorik 
dalam badannya.




Maklumat Nutrisi

Item
Setiap 100gm
Tenaga
380 kcal
Jumlah Lemak
4.0  gm
Karbohidrat
70.3 gm
Jumlah Gula
30.4 gm
Protien
11.0 gm

HARGA PASARAN: RM38.00
BERAT BERSIH : 21gm x 15 sachet

Bahan Kandungan:
Susu Kambing, Ekstrak Jagung, Madu,
Kurma, Kismis & Garam Bukit

Siapa yang memerlukan produk ini:

-  Kanak-kanak, remaja, orang dewasa, warga emas serta semua orang yang ingin sihat 
dan bertenaga serta mereka yang ingin memeliharai diri dari masalah saraf dan tulang.

- Mereka yang banyak menggunakan daya ingatan, tumpuan serta kuasa minda untuk 
berfikir seperti para pelajar, guru, pensyarah dan pelajar yang menghafal Al-Quran.

-  Para pesakit saraf serta mereka yang mengalami masalah lemah tenaga fizikal & 
mental, perjalanan darah yang tidak setabil dan sering terlupa.

- Pesakit strok, lumpuh, dibetes, darah tinggi, demam kuning serta melibatkan masalah 
hati, hempedu & paru-paru.

-  Mereka yang ingin menjaga atau menurunkan berat badan & berfungsi sebagai 
diet seimbang.



Apakah Khasiat & Kebaikkan Dari Semua Gabungan Herba Yang Terpilih

KHASIAT JAGUNG

  • Amat kaya dengan protein, kalsium, betakerotina, fosforus, zat besi, serat tinggi mengandungi vitamin A, B1, B5, C dan K yang baik untuk kesihatan. Jagung juga mampu menurunkan tekanan darah dan kadar kolestrol serta melawaskan pembuangan air kecil dan besar.
  •  Mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga segera kepada tubuh.
  •  Bagi pengidap diabetes, jagung mampu menurunkan serta mengimbangi kadar gula dalam darah.
  •  Asid folat di dalam jagung dapat mencegah kacacatan pada bayi ketika dilahirkan. Sangat disarankan kepada penghidap anemia.
  • Karotenoid yang dikenali sebagai Zeaxantin di dalam jagung sangat baik untuk mata dan berfungsi sebagai anti-katarak serta mampu melindungi retina dari masalah ‘Kemerosotan Maskular Berkaitan Umur’ (AMG-Age Mascular Digeneration) yang berisikio menjadi buta.


KHASIAT GOJIBERI
  • 19 asid amino termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup
  • 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang  jarang-jarang ditemui dalam makanan
  • 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
  • Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid, termasuk Beta-Karoten (sumber yang lebih baik meskipun karot)
  • Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Gojiberi paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
  • Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
  • Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
  • Vitamin E, jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
  • Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol.
  • Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf
  • Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
  • Solavetivone, sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
  • Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
  • Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
KHASIAT HABBATUS SAUDA’

  • Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir  Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.
  • Mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habbatus Sauda merupakan sejenis tumbuhan herba yang berupaya membetulkan perjalanan darah dan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah serta menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
  • Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama Habbatus Sauda:
  • 1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi dan sebagainya.
  • 2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain
  • 3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda sangat baik di ambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini
  • 4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser
  • 5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain
  • 6. Anti-radang (anti-inflammation) - Habbatus sauda di dapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi)
  • 7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang di dapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2 tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang 

Habbatus Sauda:-

  • Ibnu Sina - Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")
  • Ibnu Qayyim - Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")
  • Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
  • Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)
  • Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini di anggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.
  • Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar di antara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.
  • Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)
  • Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")
  • Professor Michael Meurer - Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis), (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)
  • Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".
  • Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
  • Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated & unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
  • Dalam kitab At’Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenali juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • * Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
    * Antiarthritis, mengubati reumatik.
    * Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
    * Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
    * Antiseptik, mengubati bau mulut.
    * Antivirus, mengubati demam dan flu.
    * Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
    * Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
    * Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
    * Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi dan empedu.
    * Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
    * Nematocidal, mengubati cacing pita.
    * Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA (VCO)

-           Tidak membebankan organ pancreas
-           Lemak tepu rantai sederhana pendek. (MCFA – mudah dihadam)
-           Sudah mula dihadamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem tubuhnya kurang berkembang.
-           Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima
-           Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria  tanpa perlu bantuan enzim.
-           Sel menjadi cekap dan efisien
-           Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas
-           Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem tubuh
-           Tiada kolesterol
-           Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid
-           Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.
-           Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV) (keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) di samping mempercepat pembentukan sel baru (keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara).
-           Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)
-           Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien)
-           Meningkatkan daya tahan (endurance).
-           Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semula jadi.
-           Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua.
-           Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia  adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
-           Mengawal kencing manis  - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
-           Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida  semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
-           Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada  pembuluh darah yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.
-           Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

KHASIAT MADU

Rasulullah SAW juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan 
madu dan Al-Qur'an. Baginda bersabda (maksudnya): "Ambillah / 
pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu 
madu dan Al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Daripada hadith di atas ini, ternyata madu mempunyai keistimewaan yang 
tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai 
zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu, madu juga dianggap
penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara
rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa
kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan
mencegah diri daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu, madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan 
pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. 
Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana 
Rasulullah SAW juga mengamalkannya.
Galakan memakan/ meminum madu di pagi hari ini diperkuatkan lagi dengan 
satu lagi hadith Nabi SAW. Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya).
"Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada 
setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan
luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi 
rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) 
dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Selain itu, memakan
madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh
mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki.

KHASIAT KURMA - KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN:

Kurma adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa 
saintifik Phonex Dactylifera. Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul,
para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian 
Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi 
perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma 
dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan
lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu 
memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan
tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi 
Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah 
daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, 
merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. 
Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan
sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam
membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta 
mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga 
membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, 
merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan 
pengaliran darah semasa kelahiran.
Kajian sains juga membuktikan buah kurma kaya  dengan unsur zat besi dan
kalsium. Kanak-kanak amat digalakkan memakan buah kurma kerana ianya dapat 
membantu dari segi proses pembesaran dan pembentukan minda kanak-kanak.

KHASIAT KISMIS: 

Menurut pandangan pakar-pakar pembangunan kanak-kanak, kismis mempunyai 
banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalsium yang merupakan 
nutrisi penting untuk badan. Kismis juga mempunyai kandungan gula daripada buah
yang asli. Ia mampu memberi tenaga segera yang konsisten. Kajian juga mendapati 
kismis kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan
tekanan darah tinggi.

KHASIAT GARAM BUKIT

Ternyata garam bukan sebagai penyedap makanan saja. Ia termasuk salah satu 
zat mineral yang berguna buat kecantikan dan kesihatan. Misalnya, garam 
kristal yang diperolehi dari rantau Himalaya dipercayai membantu ke arah kesihatan 
optimum. Daripada 84 elemen galian yang terdapat dalam tubuh badan manusia, 72 
dipercayai bahan paling penting diet yang sihat dan garam galian kristal mengandungi 
semua elemen galian tersebut.
Semua galian itu adalah kristal matrik yang sempurna dan bersifat bentuk yang 
terakhir (caj elektrik). Menurut seorang saintis dan pemenang dua anugerah Nobel, 
setiap gejala dan penyakit berpunca daripada masalah ketidakseimbangan atau 
kekurangan zat mineral dalam tubuh.
Kita memperoleh bekalan zat-zat mineral daripada pemakanan antaranya bijiran, 
sayur sayuran dan buah2an.
Satu lagi kajian tentang zat mineral dan tumbuh-tumbuhan oleh Universiti Rutgers, 
New Jersey mendapati bahawa tanah pertanian yang telah diulang tanam 
berkali-kali telah ketandusan zat-zat mineral bagi tanaman yang kemudian.
Oleh itu, kebanyakan bijiran, sayur-sayuran dan buah-buahan kini tidak berupaya 
membekalkan semua zat mineral yang diperlukan tubuh.
Garam biasa berbeza dengan garam kristal. Garam biasa atau natrium klorida 
meningkatkan tekanan darah berbanding garam kristal tulen dan semula jadi. 
Garam ini mengandungi 84 elemen galian terpenting. Antaranya klorida yang boleh 
digunakan oleh badan untuk menghasilkan asid hidroklorik iaitu bahan 
penting bagi penghadaman.
Oleh itu, sedikit garam diambil sebelum makan dapat mencukupkan 
asid hidroklorik dalam perut sebelum makanan baru masuk dalam perut.
Perlu diketahui bahawa kesan berbahaya akibat terlalu banyak makan garam itu 
adalah kerana paras sodium naik tinggi bukannya paras klorida. Bahkan orang 
yang langsung tidak makan garam mungkin mendapat penyakit akibat 
kekurangan asid hidroklorik dalam badannya.



Thursday, December 30, 2010

Maklumat Produk Azzurah D'Cornz

MAKLUMAT PRODUK AZZURAH 
D’CORNZ D’CORNZ 02   

Dihasilkan daripada ektrak jagung terpilih yang diadunkan bersama pelbagai 
ekstrak herba yang berkualiti dan diproduksikan di kilang yang bertaraf 
IMP (Islamic Manufacturing Practice) “Pengamalan Pengilangan Islam”. 
Bukan sekadar Halal, Bersih, Suci, Terbaik tetapi Berkat (HALAL’LAN TOY’YIBA).
D’Cornz O2 merupakan Evolusi Pemangkin Tenaga Semulajadi tanpa bahan 
kimia bagi melancarkan pengaliran darah dan oksigen di dalam tubuh badan dan 
otak bagi merangsang tenaga segera dan daya ingatan serta tumpuan yang optimum.




Maklumat Nutrisi

Item
Setiap 100gm
Tenaga
250 kcal
Jumlah Lemak
0.0 gm
Karbohidrat
50.5 gm
Jumlah Gula
30.8 gm
Protien
0.1 gm


HARGA PASARAN: RM38.00
BERAT BERSIH : 70 ml

Bahan Kandungan:
Ekstrak Jagung, Gojiberi, Habbatus Sauda, Minyak Kelapa Dara (VCO), Madu, 
Ekstrak Kurma, Ekstrak Kismis & Garam Bukit

Siapa yang memerlukan produk ini:

-  Ahli sukan & para etlit.

- Pekerja yang banyak menggunakan tenaga.

- Mereka yang banyak menggunakan daya ingatan, tumpuan serta kuasa minda untuk berfikir seperti para pelajar, guru, pensyarah dan pelajar yang menghafal Al-Quran.

-  Para pemandu taxi, bas, kenderaan ringan atau berat yang memerlukan daya tumpuan dan tenaga tambahan.

-  Para pesakit saraf serta mereka yang mengalami masalah lemah tenaga fizikal & mental, perjalanan darah yang tidak setabil.



Wednesday, December 29, 2010

Maklumat Syarikat

MAKLUMAT SYARIKAT



NAMA SYARIKAT                              : SELATAN INTEGRATED RESOURCES

NO. PENDAFTARAN SYARIKAT    : JM0574057-K

ALAMAT PEJABAT                          : NO. 53 & 53A, JALAN MOLEK 1/8,
                                                               TAMAN MOLEK,
                                                               81100 JOHOR BAHRU,
                                                               JOHOR DARUL TA’ZIM.

NO. TELEFON                                   : 07-357 2353

NO. FAKSIMILI                                   : 07-358 2353

BANK SYARIKAT                               : MALAYAN BANKING BERHAD
                                                                NO. 47 & 49, JALAN MOLEK 3/1,
                                                                TAMAN MOLEK, 81100 JOHOR BAHRU,
                                                                JOHOR DARUL TA’ZIM.